Halaman

Isnin, 11 Mac 2013

Tragedi 3/3/2013 - 4/3/2013 pada diri saya...

Holla semua???
Lama xpost blog nie, sb ada satu insiden yg teruk berlaku kat sya...
Syukur sya masih bernafas n hidup di bumi yg nyata ini...
kejadian nie berlaku pada 3/3/2013...cantik x tarikh dia...
dlm jam 1 tghari...
masa tue nak pegi dri shah alam nk g seremban sb ada kenduri khawin kawan sya...
sya pegi seremban tue dgn menaiki kereta Myvi bersama dua org lg rakan sya...
sya duk blkang tau...suddenly sya rasa keta tue ada smthing wrong sb tyar dia mcm xstabil bahagian blkg...
then suddenly tayar pecah n my frenz pulas stereng sekuat hati and keta kitaorang terbabas n terbalik sbyk dua kali ka tepi jalan...

Syukur, semuanya selamat n xda patah riuk yg kami alami cume keta yg kami naiki tue sgt teruk...
driver hya mengalami sakit badan, manakala yg duq tepi driver sakit belakang n saya mengalami hentakan kuat kat kepala n telinga sya bedarah. 
sya xboleh bygkan kejadian tue kerana ia berlaku sekelip mata. tp sya bersyukur sgt2 yg kami semua selamat.

itu citer permulaan...nak dijadikan cerita lain plak, kami bertiga nie kena htr kat GH seremban. Bapak gila punya main lama nk g hospital tue...sampai ja kat GH tue, observation kitaorg diambil...mcm biasalah bila org GH nie nmpk kita boleh jln dia akan layan kita mcm pesakit biasa,sedangkan kmi baru ja lps accident. Sya menunggu nak masuk bilik Dr tue hampi sejam setgh...bygkan dgn telinga berdarah n hentakkan gegaran yg sya terima mmg susah nak dibayangkan. org GH kat sna boleh buat derr ja...
Bila nombor sya dipanggil, sya masuk...then jumpalah DR...Dr pelatih ok. Dr tue tya sakit apa...n then sya gtau sya bru lepas MVA (accident) n dia tya luka kat mana. sya bgtau sya mendapat hentakkan yg kuat kat kepala n skrg sya pening sgt2...he give me ATT inj. n then that Dr cannot decide by his onself whether to sent me to the CT brain or not...he ask his firends...OMG!!! after that he decide after few minutes to sent me for CT brain. 
lepas buat Ct brain tue sya kena suh tggu kat yellow zone sb Dr nak tgk my ct brain film. Nvm i'm waiting. suddenly, i heard salah sorg dr.pelatih tue ckp kat dr.pelatih yg check sya...dia boleh ckp,why must do the CT brain to that pt??? she is stable mahh...ayoooo!!! Hey Dr pelatih yg said that to me!!! u know how much is the danger after accident n involve the brain!!! sya dpt hentakkan kat kepala,Ct brain tue kita buat to see whether have any bleeding at the brain n kepala!!! belajar kew xbelajar woooo MR.DR Pelatih. 
Fed up saya!!! 
Thank God xada bleeding kat dlm kepala sya yg berlaku...but my ear still bleeding then the dr give me an antibiotic to treat that bleeding. But the Dr.pelatih dun want to give me an MC!!! he said that i cant continue my work as usuall. that Dr arrr...knapa ada org mcm tue. 

Sya balik shah alam plak. xsedap badan n terus buat checkup kat klinik. dr kat klinik tue refer sya kat GH hospital kat klang. tahu2lah nama hospital tue kan.
saya pegilah kat GH tue. sya sampai kat hospital tue 0530 ptg...nombor sya kena panggil masuk kat bilik dr jam 8mlm. berapa jam sya tggu deyyyhhhhh!!! masuk kat bilik dr tue plak,OMG jumpa lagi dr pelatih. asyik2 dr pelatih. dia tyalah saya sakit kat mana. sya bg tunjuklah lebam kat telinga n luka hentakkan kat kepala saya...boleh plak dia ckp dia nak snap pic n bg tunjuk kat boss dia...WT..FISH...
sampai mcm tue skali kew???? n then dr tue admitkan sya kat hospital utk satu malam sb dia nak suh dr yg pakar tgk sya. sya dimasukkan kat ward dgn berdiagnosiskan "POST CONCUSSION SYNDROME".

nie citer kat ward...citer kat sini lg menarik n lagi menyakitkan hati. Sya masuk ward mlm tue, nurse keja mlm kat ward tue baik...sgt peramah. Dr. pelatih yg check sya dlm ward tue pun sgt baik n check pesakit dia dgn sgt2 teliti...thanks to that DR. bila masuk keesokkan harinya, masuk suma nurse2 pagi...boleh dikatakan ada beberapa nurse yg agak kurang diajar n sepatutnya pd pndgn sya dorg xpatut jadi nurse!!! sya xbgtau dorg yg sya nie STUDENT NURSE...Let me see them how there are working with the patient!
klu GH mmg penjagaan pesakit tue tersgt2lah kurang...mereka bekerja asal buat sahaja n asal siap. pesakit kena berdikari sndiri...even ada IV Drip pun,pesakit kena handle sendiri klu nk g toilet ke...nk g klinik ke...pesakit yg bed ridden pun dorg endah xendah...all depends with the patients relative. Klu kita perhatikan betul2...layanan yg mereka berikan sgt2 kurang. Sya ada nmpk byk kesalahan tatatertib kerja sbg seorg nurse kat ward tue. sya xsampai hati tgk. hak pesakit lgsg xda dkt ward tue. sya sendiri rasa malu n sakit hati bila nmpk ada kesalahan yg nurse lakukan kat ward tue. 
ini membuatkan saya lagi takut untuk jadi nurse sb takut jadi nurse mcm apa yg sya perhatikan.
salah satu cth ialah layanan yg diberikan pada saya sewaktu sya admit kat GH. kebanyakkan layanan buruk yg sya terima,sya xboleh terima apa yg mereka dah buat kat saya. Pesakit ada hak...even dorang hya bayar RM1 tp mereka berhak dpt layanan yg baik. 
sya diajar oleh sebuah kolej kejururawatan kat shh alam nie,"PATIENT IS OWEZ RITE"...tanggungjwb sbg seorg nurse adalah sgt tinggi kerana kita berdepan dgn nyawa manusia. biarlah pesakit tue miskin kew,jahat kew,kaya kew,demand kew,fussy kew, tp klu kita layan mereka dgn baik n buat keja dgn baik,kita akan dpt satu kepuasan yg sgt besar sb kita dah jlnkn tggjwb kita dgn baik n berpuas hati.

xkiralah gov kew or swasta,biarlah level sama tinggi. Simpati pada pesakit tue harus ada...jgn buat keja sb kita nie diarahkan n mmg tue keja kita. buat dgn seikhlasnya. xkira apa jua keja yg kita lakukan. bg saya,wlupun sya bakal nurse yg akan bekerja di GH sya tetap akan praktikkan apa yg diajar oleh kolej sya dgn sebaik mgkin. jgn pengaruhkan diri anda dgn org yg xada attitude yg baik n positive. 
Kita sebagai manusia ada hak mndapat yg terbaik di bumi yg nyata ini...
Kepada bakal2 nurse kat luar sana, jagalah pesakit anda mcm anda jaga keluarga anda. jgn layan pesakit ikut status pesakit n ikut perasaan.
kepada semua yg berada diluar sana,ada baiknya anda apply insurans awal2 utk keselamatan n keperluan yg baik utk kehidupan anda...
Adiooooossssss....

Rabu, 13 Februari 2013

Kaum Hawa khas utk anda...(GANGGUAN HAID)

Hai Semua??!!! Hope korang semua sentiasa sihat ja..
Hari ini saya nak post tentang sesuatu yg amat berkaitan dengan wanita...iaitu Gangguan ketika datang haid.
Setiap kali wanita yg datang bulan@haid akan rasa yg amat sakit sgt...biasa mereka akan panggil sakit "Senggugut"...sebenarnya dlm medical term sakit tue ada nama yg specific.
Saya akn kongsi bersama anda semua tentang masalah atau gangguan yg selalu menghantui para wanita yg dtg bulan.


DYSMENORRHEA 

  • Ini adalah gangguan haid yg selalu dialami oleh wanita iaitu "senggugut".
  • Maksudnya mengalami sakit ketika datang bulan.
  • Sebab wujudnya sakit senggugut nie kerana  peningkatan pengeluaran hormon prostaglandin oleh lapisan endometrium dlm uterus wanita.
  • Sebab yg kedua kenapa Dysmenorrhea ini terjadi adalah kerana disebabkan terdapatnya lesions@luka spt Endometriosis(tissue dlm uterus berada diluar uterus), Uterine Fibroids(tumor dlm uterus), Ovarian Cyst(pengumpulan cecair dlm ovari).
  • Tanda2 yg akan kamu rasa setelah mengalami senggugut ini adalah sakit yg amat sgt,loya, rasa nak muntah, sakit kepala,lesu, dan sakit belakang badan.


AMENORRHEA
  • Amenorrhea bermaksud tiadanya aliran haid atau berhentinya kitaran haid.
  • Sebab utama adalah baligh tak berlaku semasa umur 16tahun kemungkinan ada masalah chromosomal, ketidakseimbangan hormon dan nutritional dlm badan.
  • Sebab kedua adalah disebabkan oleh kehamilan, senaman yg terlalu banyak dan lasak, atau disebabkan pengambilan ubat perancang kehamilan.
Sukan yg lasak boleh menyebabkan ketidakhadiran haid.


OLIGOMENORRHEA
  • Oligomenorrhea adalah haid yg siki atau jarang-jarang ada.
  • Keadaan ini adalah biasa bagi kalangan remaja perempuan selama setahun sebelum mereka mendapat kitaran haid yg biasa dan teratur.
  • Sebab berlakunya masalah ini adalah kerana tindakbalas tekanan yg dialami oleh seseorg wanita dan ia biasanya berlaku pada wanita yg aktif sukan serta wanita yg mengalami masalah anorexia nervosa.
Anorexia nervosa (merasakan diri gemuk dan xmau mkn)

MENORRHAGIA
  • Bermaksud berlakunya pendarahan yg terlalu banyak semasa haid.
  • Selalunya kitaran haid utk masalah Menorrhagia ini akan berakhir lebih dari 7hari dan memerlukan 2 pads sekali pakai.
  • Sebab berlakunya masalah ini kerana ketidakseimbangan hormon, ovari yg kurang berfungsi, memakai alat pencegah hamil spt intrauterine device ataupun disebabkan kerana cancer.


METRORRHAGIA
  • Maksudnya adalah pendarahan daripada uterus apabila haid belum sampai masanya.
  • Disebabkan kerana tumor yang menyerang rahim, kerengsaan servik atau disebabkan pendarahan berlaku ketika mengambil terapi penggantian hormon yg digunakan berkaitan hormon wanita.
  • Selalunya wanita yg mengalami masalah ini digalakkan utk memakan makanan yg tinggi dgn zat besi utk mengatasi masalah kurang darah.
Pendarahan dalam rahim


MENOPAUSE (KLIMAKTERRIK)
  • Masa dlm kehidupan seorg perempuan apabila ovulasi dan haid berhenti dan tidak dapat lagi mengandung.
  • Selalunya Menopause ini akan berlaku pada usia dlm anggaran 48-50 tahun.
  • Sebabnya adalah penurunan semulajadi hormon pembiakkan, ataupun melakukan pembuangan keseluruhan rahim.
  • Tanda2 masalah ini adalah spt selalu kepenatan, sakit kepala, kenaikan berat badan, sakit badan dan masalah sakit sendi tulang.
  • Cara untuk mengatasi masalah menopause ini adalah dgn mengamalkan pemakanan yg seimbang, kurangkan berat badan, elakkan dari pemgambilan alkohol yg berlebihan, berhenti merokok, membuat pemeriksaan mengikut arahan doktor dan akhir sekali ialah menikmati kehidupan dgn sepenuhnya.


Sedikit sebanyak sya dapat kongsi informasi tentang apa yg saya belajar selama ini tentang gangguan haid yg sering mengganggu wanita. Sya ingin kongsi tentang hal ini kerana kebanyakkan perempuan yg mengalami kesakitan pada uterus atau ketika haid dan menganggap ia adalah sakit "SENGGUGUT" padahal setelah diperiksa ia adalah masalah lain. 

Sya mempunyai ramai kawan yg mempunyai masalah tanggapan pada gangguan haid mereka dan akhirnya kerana perangai dan sikap sambil lewa mereka terhadap masalah ini menyebabkan ada diantara mereka yg terpaksa menjalani pembedahan disebabkan ketumbuhan pada uterus. So nasihat saya pada wanita diluar sana, lebih eloklah korang buat pemeriksaan jika kamu rasa ia ada sedikit kelainan sakitnya ketika dtg bulan. 


REMEMBER IT!!!








Selasa, 12 Februari 2013

Kembali lagi cerita ttg si anak kecik...

Hai semua...apa khabar semua??? Hope korang sihat sahaja. Sya nak post ttg sambungan cerita anak gadis yg pernah sya post dulu...ingat x? last skali saya post n bagi tahu kat korang yg penderitaan si anak kecil itu belum berakhir lagi...ya sambungannya masih panjang dan banyak dugaan yg telah melanda anak gadis tersebut. Sya akan sambung kisah psl anak gadis  tersebut. ikuti kisah dia ya...


Si ank gadis tersebut pengsan tanpa disedari oleh mama. Mama yg tidak mengetahui hal itu membiarkan sahaja dia kerana menyangkakan yg dia akan menangis lalu tertidur. setelah dua jam pengsan didalam bilik tersebut,hati mama tergerak utk memeriksa keadaan si dia,alangkah terkejutnya mama bila melihat sekujur tubuh yg tidak bermaya itu sedang terlantai diatas lantai dgn berlumuran darah yg mengalir diats dahi si ank gadis tersebut. Si ank gadis tersebut merasa amat sakit di dahinya tetapi didalam hatinya dia merasa sgt gembira kerana mama masih lagi hirau akan dia. Dia menganggap yg mama akan bawanya ke hospital tetapi mama hya menyuruh dia baring diatas kerusi sementara dia cari ubat utk dahi nya itu. Bergenang air mata anak gadis kecil itu wlupun dia tidak dibawa ke hospital kerana mama sggup mengubati lukanya yg agak teruk di dahinya itu. Mama kembali dengan satu mangkuk air dan satu tuala. Mama membersihkan darah di dahi ank gadis itu dan menonyoh2 tuala tue di dahi ank gadis tersebut...sakitnya amat perit. Mama mengubati  lukanya dgn begitu kasar. Luka anak gadis tersebut berlubang lebih kurang 1cm. Mama xubati luka tersebut dengan ubat yg dibeli dari farmasi tp mama tonyohkan n sumbat sejenis daun yg telah ditumbuknya ke dlm luka si ank gdis tersebut dan menampal dgn "hansaplast".

Dia menangis dgn layanan yg mama berikan pada dirinya. Dia sering menangis sendirian di dalam bilik dan xditemani oleh sesiapa pun. Disaat umurnya sebegini dia patut disayangi dan dibelai oleh mama tapi mama membiarkan dia sahaja. Berkenaan luka dikepalanya itu,mama menyuruh dia memberitahu pada daddy yg dia jatuh tangga,dia terpaksa akur dgn kata2 mama kerana jika xdituruti dia akan dipukul oleh mama. Dia hanya mengikuti kata mamanya kerana sayangnya dia pada mama amat mendalam.

Suatu hari, dia keluar berjln2 utk bermain2 dgn kwn2nya. Tp siapa sangka dirumah dia disisihkan oleh mama tetapi dgn kwn2nya pulak dia dibuli. Luka didahinya ditonyoh2 oleh kwn2nya dan hansaplast tersebut dicabut oleh kwn2nya. Berapa kali dia memberitahu kwn2nya yg luka tue amat sakit tp kwn2nya tetap membulinya. Lihatlah penderitaan seorang ank gdis yg masih kecik lg tp dilanda masalah yg xsepatutnya dia alami.

Dia merasa amat takut utk kembali ke rumah dgn keadaan lukanya yg xterurus, dgn hansaplast yg dah terbukak n sedikit pendarahan pada lukanya.Dia takut pada mama...dia xberani utk kembali ke rumah tp klu dia xbalik nnt mama akan marah teruk lagi kat dia. Akhirnya dia paksa utk berhadapan dgn mamanya juga.
Sesampai sahaja dirumah, mama sudah menunggunya dikerusi sambil mempamerkan wajah yg amat bengis. Dia memberitahu mamanya yg kwn2nya yg lakukan dia seperti tersebut tetapi mama mengambil tali pinggang lalu memukul sepuas hatinya. Malah bukan itu sahaja denda yg mama berikan padanya tetapi mama xbenarkan dia tidur semalaman, dia terpaksa berdiri sepanjang malam dipenjuru katil sampai pagi. Terlentok2 kepala dia ingin tidur tetapi dia tidak diberi belas kasihan. Sampai kepagi dia berdiri dan pagi itu dia terus bersiap utk pergi kelas...maklumlah budak darjah satu baru nak kesekolah. Dia merasa amat letih n lesu. Dia xtahu samaada dia bertahan ataupun tidak. Tetapi dia tekad hendak kuatkan dirinya kerana dia xmau beri masalah kepada mama.

Kehidupan si anak gadis tersebut berterusan sampai si ank gadis tersebut dan keluarganya berpindah ke kawasan perumahan yg telah ditempat khaskan utk mereka dan seluruh orang2 yg tinggal di tempat mereka tinggal sekarang. Bayangkan dia terpaksa hidup dgn derita sebegitu yg xmungkin n xakan dialami oleh seorang ank kecik yg baru berusia 6-7 tahun.

Penderitaan yg dialami oleh si anak gadis ini telah membuahkan sedikit benih kebencian terhadap mamanya. Dia mula terfikir kenapa dirinya diperlakukan seperti itu dan tidak pd adik2nya. Sedikit demi sedikit perasaan benci itu muncul n lahir dari dlm hatinya n mulai dingin dgn mamanya. Setiap kali diperlakukan buruk oleh mamanya dia akan melahirkan sebuah dendam terhadap mama. Dia mulai terfikir yang mama nie bukan mama kandungnya. Dia menganggap yg mama kandungnya telah mati dan dia dijaga oleh "mama tiri" nya sekarang ini. Dia juga menganggap dirinya dipungut dari lorong2 ataupun tepi2 jalan. Sampai sebegitu dia terfikir akn dirinya n mamanya. Hakikatnya, sebuah perasaan baru telah lahir pada mama yg setelah sekian lama dia sayangi ini dia mulai benci yg teramat sgt.

Ikuti kisah si anak gadis ini di blog yang akan datang...kerana cerita ttg si anak gadis ini makin rumit dan semakin rumit. Sekian, Terima kasih semua...


Jumaat, 8 Februari 2013

Fakta Menarik Tentang Kucing Di Dunia!!!


  1. Di dunia ini kita hampir melebihi 500,000,000 kucing yg jinak dan kucing ini boleh didapati dlm 33 spesis. Adakah anda tahu bahawa kucing boleh menguap brapa kali dalam sejam??? Hampir 200,000,000 kali kucing akan menguap dalam masa sejam sahaja.


2. Hidung seekor kucing adalah sgt unik. Hidung mereka sama seperti cap cari kita. Suhu badan kucing adalah sgt panas drpd tubuh badan kita dan degupan jantung kucing adalah dalam anggaran 110 - 140 seminit. Sangat cepat dari manusia!!!

3. Adakah korg tahu bahawa kucing yg paling besar adalah sejenis kucing jantan "Ragdoll" yg blh membesar dlm 12 - 20paun, manakala kucing yg terkecil didunia adalah sejenis kucing spesis "Singapura".
Ragdoll Cats

Singapura cats
4. Kucing mempunya 290 tulang dan 517 otot. Semua kucing mempunyai terusan telinga yg peka dan mengekalkan mereka tanpa luka apabila terjatuh dari tempat yg tinggi. Bandingkan dgn manusia, kucing mempunyai 5 tambahan tulang belakang.
Anatomi kucing

tindakbalas kucing ketika terjatuh


5. Kucing melihat warna tp tidak sesempurna manusia. Kucing mempunyai buta warna pada hijau dan merah. Dlm otak kucing mereka melihat hijau seperti merah dan merah seperti hijau. Walaupun kucing mempunyai penglihatan yg amat tajam pd waktu mlm tetapi sebenarnya segala-galanya kelihatan kabur.


6. Warna mata kucing akan berubah dr masa ke masa. Selepas ank kucing dilahirkan, ank kucing tersebut . tidak melihat dan mendengar. Selepas 2minggu, ank kucing mula mendgr dan penglihatan mereka biasanya bertambah baik dalam masa 5hari. Ank kucing mula berjalan pada usia 20hari dan mula bermimpi pada umur 1minggu.

Mimpi indah...

7. Rekod dunia Guinness, baka kucing yg paling berat didunia adalah kucing australia yg bernama "Himmy" yg memecah rekod 46paun pada 1986. Pinggang kucing itu sahaja adalah 33inci. 
Himmy cats

8. Rekod dunia, Kucing "Tinniest" pernah dicatatkan adalah kucing Parsi Himalaya dari Illinois yg bernama "Tinker Toy". Berat badan kucing tersebut adalah 1paun 8 auns dan saiz kucing tersebut adalah 7.25inci panjang dan 2.75inci tinggi.
Tinker Toy cats

So far, ini adalah fakta yg menarik ttg kucing yg ada dlm dunia ini. If ada something new sya akan post again pasal kucing nie ya...
Special Thanks for me...Ika.





Selasa, 8 Januari 2013

DADAH (Drug Dependence)...

Holla semua...
Hari nie sya nak choose topic pasal "DADAH". Mesti semua tahukan apa tue dadah...
Hari2 kat TV mesti keluar berita ttg "Salah Gunakan Dadah"...jarang kita dgr dadah dgunakan secara betul n baik...
Tue sebab sya nak citer pasal bab DADAH nie...hope dapat share skit informasi nie kat korg.



APA ITU DADAH?

  • Dadah adalah bahan psikoaktif kimia yg boleh mengawal fungsi otak kita.
  • Dadah juga bertindak ke atas sistem saraf kita.

Apabila dadah disalahgunakan ;
  • bermaksud penggunaannya adalah HARAM
  • Ia juga digunakan bukan atas dasar masalah kesihatan.
  • ia juga diperolehi secara TIDAK SAH.
  • membawa kepada KETAGIHAN.
  • dan ia juga membawa  akibat buruk kpd kesihatan dan sosial interaksi kita.

Adakah korg tahu jenis2 DADAH yg agak popular digunakan??? Yang popular sudah semestinya korg tahu,tp yg kurang popular bgmna??? 
Setidak2nya,kita kena tahu jenis dadah, sb kemungkinan besar ada org yg berniat jahat terhdp kita.


JENIS-JENIS DADAH :

CANDU (OPIATE)
  • Opium (berasal dari pokok poppy)
  • Morphine (spt White stuff / Monkey)
  • Heroin (jnis dadah yg kuat, biasa didgr dgn panggilan spt Fit, Cik putih, Tepung, Barang, White Dragon, Brown Sugar, Penang Pink...)
  • Codeine (biasa terdapat pada ubat batuk)
GANJA (CANNABIS)
  • Marijuana (nie biasa korg dgr kan...)
DEPRESSANTS (Dadah yg digunakan utk menyekat fungsi otak)
  • Pil tidur
  • Ubat Psikotropik (ubat yg biasa digunakan utk merawat penyakit mental)
DADAH PERANGSANG (STIMULANT - mengakibatkan ketagihan dan bersikap aktif)
  • Amphetamine (dadah ini dibuat dgn campuran bhn kimia spt racun tikus dan cecair peluntur)
  • Cocain
  • Syabu
  • Ectasy (Dadah yg membuatkan seseorg sgt aktif)
HALLUCINOGEN (Jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria dan menyebabkan halusinasi.)
  • LSD (Lysergic Acid Diethylamide) - penggunaan yg melampau pd dadah jenis ini blh membawa kematian.
Ada jenis dadah juga yg digunakan secara menyedut bau ataupun wap, sbg cth Gam Kasut, dimana seseorg itu akn ketagih pada bau gam tersebut dan ini membawa kpd kerosakan otak.

Kesan2 salah guna semua jenis dadah ini amat buruk pada seseorang, antaranya ialah :
  1. Si penagih akn merasa sgt happy, bagai dunia dia yg punya.
  2. Si penagih akn terdedah pd situasi tidur mati, akibat khayal / overdose.
  3. Anak mata si penagih akn mengecut.
  4. Pernafasan merosot dan sgt berpeluh.
  5. Menghasilkan Halusinasi.
  6. Selalu berperasaan risau.
  7. Membawa kepada gangguan mental dan seterusnya membawa kepada kematian.

Jika kita tahu kegunaan dadah tue dgn betul n cermat, sdh semestinya kita xterjebak dari jadi "Family si Penagih". 
Sekali kita salahgunakan mmg susah utk kita kembali ke normal...
Dadah boleh membantu jika kita memerlukan pada alasan yg betul, jgn jadikan dadah itu sahabat kita sehingga ke alam MATI.

TQ.

-JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DIBELENGGU OLEH DADAH-


Isnin, 7 Januari 2013

Putus CInta...???

Holla suma...Ntah napa sya tetiba nak choose topic nie...
Maybe sya pernah alami peristiwa "Putus Cinta" n cara sya nk handle mcmna sya nak back to normal life...

Dulu, biasalah budak2 baru nak kenal cinta...apalagi kalau 1st Love...
Once dah broken sebab putus cinta mmg hidup xmenentulah..

Antara gangguan kehidupan ketika kita mengalami putus cinta adalah:
  • Nangis smpai meraung-raung...---> esspecially pompuan arr...
  • Xmau makan n minumlah--->konon2 nk sakit supaya xbf/xgf kita tue wisau kat kite.
  • Berkurung dlm bilik--->sb sedih yg melampau ditinggalkn si kekasih.
  • Xmau mandi/malas nak mandi--->dah suka berkurung mmg rutin harian dia akn terabailah.
  • Diri xterurus,pakaian xbertukar,badan berbau...
  • Asyik murung melulu, xada moodlah, suka berdiam diri.
  • Cepat marah, sensitif, panas baran, bertindak tnpa berfikir. 
  • Berfikiran negatif n akhirnya membawa kepada kematian.

Kalau bolehkan,semua nie kita hindarkan. kita dikurniakan akal n fikiran, so why not kita buat penyelesaian secara sistematik. Putus cinta nie mmg lumrah manusia, adakala kita berkekalan n adakalanya kita terpaksa relakan perhubungan itu terputus. 

Ada sebab2 mengapa kita "Putus Cinta"...
  • Sebab CURANG, smada kita mahupun psgan kita yg curang.
  • Sebab CEMBURU,nie hasutan syaitan nie...jgn praktik kan...
  • Maybe sebab XSEHALUAN,sering bergaduh sb masing2 xleh nk terima pendpt sesama sendiri.
  • Hubungan xada penghujung. Suka buat hal masing2.
  • Pasangan yg XSEPERTI KITA ANGGAPKAN. cthnya: Panas baran.
  • Ibubapa xmerestui. nie lagi power sb smpi skrg still ada ibubapa yg mcm nie.
So, y not kita ubati "Putus Cinta"  nie dgn cara yg baik. Xyahlah smpi nak cederakan diri kita, hancurkan masa depan kita, bomohkan xgf/xbf kita, balas dendam kat org lain, pukul xgf/xbf kita...suma nie xyah!!! Last2 kita yg merana...mcm pepatah mengatakan "Penyesalan selalunya di pengakhiran"...

Ubatilah dgn:
  • Sembahyang kepada Allah...Diminta kuatkan semangat kita utk meneruskan kehidupan.
  • Ingatlah kedua org tua kita...Mereka lebih berhak dihati kita.
  • Lebihkan masa kita dgn aktiviti yg berfaedah seperti Kerja.
  • Luangkan masa kita bersama kawan2 rapat kita sb mereka lebih lama mengenali kita.
  • Tengoklah cerita2 yg lawak --->nie sya slalu amalkan klu sya sedang sedih (mmg berkesan utk sya)
  • Shopping--->mostly utk pompuan.
  • Masak...buatlh menu sndiri.
  • Online--->chatting dgn kwn2.
  • N klu boleh removelah suma benda yg boleh mengingatkan kita pada xgf/xbf kita...
  • Hiduplah secara normal dgn hati yg tenang n fikiran yg damai.

So, dah puas sya menaip pjg2...ntah ada yg sudi baca or x...but its nice to share with other people about tiz things, sb sya pernah kehilangan seorg kwn gara2 dia xpandai nak handle situasi "Putus Cinta" nie n dia pilih jalan pendek dgn "Membunuh dirinya"...
So,anything happen about LOVE lets manage it properly...
TQ...

Sabtu, 5 Januari 2013

Sedikit menyedihkan + mengecewakan...

Pada 02/01/2013, sya sedih nak tinggalkan mama, dady, adiq2, kucing2 n rumah sya...
macam belum puas ag sya bersama mereka...ada banyak lagi yg sya nak buat utk mereka...
lebih2 lagi untuk mama sya...
Rasa rindu sgt kat mereka suma...
2hb tue hati sya berdebar2 sgt...bkn sebab takut tapi sebab sya rasa nak nangis...
hari last saya kat rumah tue mam masakkan lauk utk saya makan sebab dia xmau saya lapar...
Dady pulak bawakan banyak buah-buahan dari kampung spt rambutan, mangga n tarap...
Rasa nak nangis sgt2 tp saya xboleh nak tunjukkan pada mereka...
Mereka terlalu mengharapkan saya utk memberi perubahan pada keadaan keluarga kami...
Saya adalah satu2nya harapan mereka saat ini...
Saya berjuang demi mereka...Walau sakit n susah saya kat sini tapi saya tetap gagah berdiri melangkah utk mencapai impian keluarga n cita2 saya...
Mama, sya berjuang demi mama yg telah bersusah payah melahirkan dan menjaga saya selama ini.
Dady, sya berusaha demi dady yg telah membesarkan saya dengan hasil titik peluh dady yg sgt berharga buat sya...
Adiq2, kakak akan buktikan yg kakak boleh jadi seorang teman dan sahabat utk kamu semua dimana kamu akan sentiasa tersenyum tanpa ada sedikit pun kekecewaan...
Perjuangan saya kali ini amat bermakna...
Susah payah keluarga saya selama ini sya akan balas dan gantikan dengan KEBAHAGIAAN...

Pada 2hb 01 2013 nie juga saya merasa amat kecewa...
semasa sya nak masukkan barang saya kat kargo kapal terbang dengan seberat hanya 8.6kg sahaja, sya telah membayar harga sebanyak RM75 utk satu beg tue sahaja...
Makkkk oooiiii mahal nak mampus!!!
Dulu saya bayar nak masukkan beg kat kargo hanya RM45 ja tp baru2 nie sya bayar RM75...
Bapak Gillaa mahal!!!
Dulu tahun 2010 sykt penerbangan nie ada bagi kemasukkan percuma beg ke kargo dgn berat beg tersebut xmelebihi 10kg,kalau xsilap lah. tapi sekarang semuanya nak kena bayar...
Xapa kalau layanan sykt penerbangan nie bagus tp semuanya hampeh...
Semua pramugari dia bersifat PSEUDO...(berpura2)...
Susah juga kan klu ada rupa paras yg cantik nie...tp syg hati xsecantik parasnya...
Sya selalu perhatikan pramugari kat sykt penerbangan nie,...slalunya klu penumpang yg berasal dr luar negara mcm org putih, Businessman kah, Dato2 kah, org tue berpakaian smart kah, lagi2 kalau org tue HANDSOME...pramugari tu akan tolg ja org tue dgn bermksud nak berkenalan konon...tp klu org tua xkira lelakikah atau pompuan jgn hrp dia nak tolg...banyak dah kejadian nie sya nampak...thats y sya xbrapa suka dgn org memiliki kecantikkan tp xpandai nak menghargai...
Dan...dan...dan...satu lagi ttg sykt penerbangan nie...mmg xada responsibility lgsg.
Beg sya mmg hancur semasa sya ambik balik beg saya...
roda n pemegang beg saya semuanya hancur n rosak...n apa yg membuatkan saya marah ialah,mereka xkembalikan pun roda n pemegang beg saya tue...(saya rasa mereka dah buang)...
Adakah ini sepatutnya terjadi???
Sya sebagai penumpang rasa xselesa dgn perkhidmatan yg mereka berikan...
So kepada syrkt penerbangan nie, sebesar mana pun sykt ini dikembangkan tp klu ada sesetgh pihak xpuas hati dgn perkhidmatan yg kamu berikan, xkemana juga syrkt nie...KARMA.
Tq.