Halaman

Selasa, 12 Februari 2013

Kembali lagi cerita ttg si anak kecik...

Hai semua...apa khabar semua??? Hope korang sihat sahaja. Sya nak post ttg sambungan cerita anak gadis yg pernah sya post dulu...ingat x? last skali saya post n bagi tahu kat korang yg penderitaan si anak kecil itu belum berakhir lagi...ya sambungannya masih panjang dan banyak dugaan yg telah melanda anak gadis tersebut. Sya akan sambung kisah psl anak gadis  tersebut. ikuti kisah dia ya...


Si ank gadis tersebut pengsan tanpa disedari oleh mama. Mama yg tidak mengetahui hal itu membiarkan sahaja dia kerana menyangkakan yg dia akan menangis lalu tertidur. setelah dua jam pengsan didalam bilik tersebut,hati mama tergerak utk memeriksa keadaan si dia,alangkah terkejutnya mama bila melihat sekujur tubuh yg tidak bermaya itu sedang terlantai diatas lantai dgn berlumuran darah yg mengalir diats dahi si ank gadis tersebut. Si ank gadis tersebut merasa amat sakit di dahinya tetapi didalam hatinya dia merasa sgt gembira kerana mama masih lagi hirau akan dia. Dia menganggap yg mama akan bawanya ke hospital tetapi mama hya menyuruh dia baring diatas kerusi sementara dia cari ubat utk dahi nya itu. Bergenang air mata anak gadis kecil itu wlupun dia tidak dibawa ke hospital kerana mama sggup mengubati lukanya yg agak teruk di dahinya itu. Mama kembali dengan satu mangkuk air dan satu tuala. Mama membersihkan darah di dahi ank gadis itu dan menonyoh2 tuala tue di dahi ank gadis tersebut...sakitnya amat perit. Mama mengubati  lukanya dgn begitu kasar. Luka anak gadis tersebut berlubang lebih kurang 1cm. Mama xubati luka tersebut dengan ubat yg dibeli dari farmasi tp mama tonyohkan n sumbat sejenis daun yg telah ditumbuknya ke dlm luka si ank gdis tersebut dan menampal dgn "hansaplast".

Dia menangis dgn layanan yg mama berikan pada dirinya. Dia sering menangis sendirian di dalam bilik dan xditemani oleh sesiapa pun. Disaat umurnya sebegini dia patut disayangi dan dibelai oleh mama tapi mama membiarkan dia sahaja. Berkenaan luka dikepalanya itu,mama menyuruh dia memberitahu pada daddy yg dia jatuh tangga,dia terpaksa akur dgn kata2 mama kerana jika xdituruti dia akan dipukul oleh mama. Dia hanya mengikuti kata mamanya kerana sayangnya dia pada mama amat mendalam.

Suatu hari, dia keluar berjln2 utk bermain2 dgn kwn2nya. Tp siapa sangka dirumah dia disisihkan oleh mama tetapi dgn kwn2nya pulak dia dibuli. Luka didahinya ditonyoh2 oleh kwn2nya dan hansaplast tersebut dicabut oleh kwn2nya. Berapa kali dia memberitahu kwn2nya yg luka tue amat sakit tp kwn2nya tetap membulinya. Lihatlah penderitaan seorang ank gdis yg masih kecik lg tp dilanda masalah yg xsepatutnya dia alami.

Dia merasa amat takut utk kembali ke rumah dgn keadaan lukanya yg xterurus, dgn hansaplast yg dah terbukak n sedikit pendarahan pada lukanya.Dia takut pada mama...dia xberani utk kembali ke rumah tp klu dia xbalik nnt mama akan marah teruk lagi kat dia. Akhirnya dia paksa utk berhadapan dgn mamanya juga.
Sesampai sahaja dirumah, mama sudah menunggunya dikerusi sambil mempamerkan wajah yg amat bengis. Dia memberitahu mamanya yg kwn2nya yg lakukan dia seperti tersebut tetapi mama mengambil tali pinggang lalu memukul sepuas hatinya. Malah bukan itu sahaja denda yg mama berikan padanya tetapi mama xbenarkan dia tidur semalaman, dia terpaksa berdiri sepanjang malam dipenjuru katil sampai pagi. Terlentok2 kepala dia ingin tidur tetapi dia tidak diberi belas kasihan. Sampai kepagi dia berdiri dan pagi itu dia terus bersiap utk pergi kelas...maklumlah budak darjah satu baru nak kesekolah. Dia merasa amat letih n lesu. Dia xtahu samaada dia bertahan ataupun tidak. Tetapi dia tekad hendak kuatkan dirinya kerana dia xmau beri masalah kepada mama.

Kehidupan si anak gadis tersebut berterusan sampai si ank gadis tersebut dan keluarganya berpindah ke kawasan perumahan yg telah ditempat khaskan utk mereka dan seluruh orang2 yg tinggal di tempat mereka tinggal sekarang. Bayangkan dia terpaksa hidup dgn derita sebegitu yg xmungkin n xakan dialami oleh seorang ank kecik yg baru berusia 6-7 tahun.

Penderitaan yg dialami oleh si anak gadis ini telah membuahkan sedikit benih kebencian terhadap mamanya. Dia mula terfikir kenapa dirinya diperlakukan seperti itu dan tidak pd adik2nya. Sedikit demi sedikit perasaan benci itu muncul n lahir dari dlm hatinya n mulai dingin dgn mamanya. Setiap kali diperlakukan buruk oleh mamanya dia akan melahirkan sebuah dendam terhadap mama. Dia mulai terfikir yang mama nie bukan mama kandungnya. Dia menganggap yg mama kandungnya telah mati dan dia dijaga oleh "mama tiri" nya sekarang ini. Dia juga menganggap dirinya dipungut dari lorong2 ataupun tepi2 jalan. Sampai sebegitu dia terfikir akn dirinya n mamanya. Hakikatnya, sebuah perasaan baru telah lahir pada mama yg setelah sekian lama dia sayangi ini dia mulai benci yg teramat sgt.

Ikuti kisah si anak gadis ini di blog yang akan datang...kerana cerita ttg si anak gadis ini makin rumit dan semakin rumit. Sekian, Terima kasih semua...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan