Halaman

Rabu, 13 Februari 2013

Kaum Hawa khas utk anda...(GANGGUAN HAID)

Hai Semua??!!! Hope korang semua sentiasa sihat ja..
Hari ini saya nak post tentang sesuatu yg amat berkaitan dengan wanita...iaitu Gangguan ketika datang haid.
Setiap kali wanita yg datang bulan@haid akan rasa yg amat sakit sgt...biasa mereka akan panggil sakit "Senggugut"...sebenarnya dlm medical term sakit tue ada nama yg specific.
Saya akn kongsi bersama anda semua tentang masalah atau gangguan yg selalu menghantui para wanita yg dtg bulan.


DYSMENORRHEA 

  • Ini adalah gangguan haid yg selalu dialami oleh wanita iaitu "senggugut".
  • Maksudnya mengalami sakit ketika datang bulan.
  • Sebab wujudnya sakit senggugut nie kerana  peningkatan pengeluaran hormon prostaglandin oleh lapisan endometrium dlm uterus wanita.
  • Sebab yg kedua kenapa Dysmenorrhea ini terjadi adalah kerana disebabkan terdapatnya lesions@luka spt Endometriosis(tissue dlm uterus berada diluar uterus), Uterine Fibroids(tumor dlm uterus), Ovarian Cyst(pengumpulan cecair dlm ovari).
  • Tanda2 yg akan kamu rasa setelah mengalami senggugut ini adalah sakit yg amat sgt,loya, rasa nak muntah, sakit kepala,lesu, dan sakit belakang badan.


AMENORRHEA
  • Amenorrhea bermaksud tiadanya aliran haid atau berhentinya kitaran haid.
  • Sebab utama adalah baligh tak berlaku semasa umur 16tahun kemungkinan ada masalah chromosomal, ketidakseimbangan hormon dan nutritional dlm badan.
  • Sebab kedua adalah disebabkan oleh kehamilan, senaman yg terlalu banyak dan lasak, atau disebabkan pengambilan ubat perancang kehamilan.
Sukan yg lasak boleh menyebabkan ketidakhadiran haid.


OLIGOMENORRHEA
  • Oligomenorrhea adalah haid yg siki atau jarang-jarang ada.
  • Keadaan ini adalah biasa bagi kalangan remaja perempuan selama setahun sebelum mereka mendapat kitaran haid yg biasa dan teratur.
  • Sebab berlakunya masalah ini adalah kerana tindakbalas tekanan yg dialami oleh seseorg wanita dan ia biasanya berlaku pada wanita yg aktif sukan serta wanita yg mengalami masalah anorexia nervosa.
Anorexia nervosa (merasakan diri gemuk dan xmau mkn)

MENORRHAGIA
  • Bermaksud berlakunya pendarahan yg terlalu banyak semasa haid.
  • Selalunya kitaran haid utk masalah Menorrhagia ini akan berakhir lebih dari 7hari dan memerlukan 2 pads sekali pakai.
  • Sebab berlakunya masalah ini kerana ketidakseimbangan hormon, ovari yg kurang berfungsi, memakai alat pencegah hamil spt intrauterine device ataupun disebabkan kerana cancer.


METRORRHAGIA
  • Maksudnya adalah pendarahan daripada uterus apabila haid belum sampai masanya.
  • Disebabkan kerana tumor yang menyerang rahim, kerengsaan servik atau disebabkan pendarahan berlaku ketika mengambil terapi penggantian hormon yg digunakan berkaitan hormon wanita.
  • Selalunya wanita yg mengalami masalah ini digalakkan utk memakan makanan yg tinggi dgn zat besi utk mengatasi masalah kurang darah.
Pendarahan dalam rahim


MENOPAUSE (KLIMAKTERRIK)
  • Masa dlm kehidupan seorg perempuan apabila ovulasi dan haid berhenti dan tidak dapat lagi mengandung.
  • Selalunya Menopause ini akan berlaku pada usia dlm anggaran 48-50 tahun.
  • Sebabnya adalah penurunan semulajadi hormon pembiakkan, ataupun melakukan pembuangan keseluruhan rahim.
  • Tanda2 masalah ini adalah spt selalu kepenatan, sakit kepala, kenaikan berat badan, sakit badan dan masalah sakit sendi tulang.
  • Cara untuk mengatasi masalah menopause ini adalah dgn mengamalkan pemakanan yg seimbang, kurangkan berat badan, elakkan dari pemgambilan alkohol yg berlebihan, berhenti merokok, membuat pemeriksaan mengikut arahan doktor dan akhir sekali ialah menikmati kehidupan dgn sepenuhnya.


Sedikit sebanyak sya dapat kongsi informasi tentang apa yg saya belajar selama ini tentang gangguan haid yg sering mengganggu wanita. Sya ingin kongsi tentang hal ini kerana kebanyakkan perempuan yg mengalami kesakitan pada uterus atau ketika haid dan menganggap ia adalah sakit "SENGGUGUT" padahal setelah diperiksa ia adalah masalah lain. 

Sya mempunyai ramai kawan yg mempunyai masalah tanggapan pada gangguan haid mereka dan akhirnya kerana perangai dan sikap sambil lewa mereka terhadap masalah ini menyebabkan ada diantara mereka yg terpaksa menjalani pembedahan disebabkan ketumbuhan pada uterus. So nasihat saya pada wanita diluar sana, lebih eloklah korang buat pemeriksaan jika kamu rasa ia ada sedikit kelainan sakitnya ketika dtg bulan. 


REMEMBER IT!!!








Tiada ulasan:

Catat Ulasan