Halaman

Rabu, 13 Februari 2013

Kaum Hawa khas utk anda...(GANGGUAN HAID)

Hai Semua??!!! Hope korang semua sentiasa sihat ja..
Hari ini saya nak post tentang sesuatu yg amat berkaitan dengan wanita...iaitu Gangguan ketika datang haid.
Setiap kali wanita yg datang bulan@haid akan rasa yg amat sakit sgt...biasa mereka akan panggil sakit "Senggugut"...sebenarnya dlm medical term sakit tue ada nama yg specific.
Saya akn kongsi bersama anda semua tentang masalah atau gangguan yg selalu menghantui para wanita yg dtg bulan.


DYSMENORRHEA 

  • Ini adalah gangguan haid yg selalu dialami oleh wanita iaitu "senggugut".
  • Maksudnya mengalami sakit ketika datang bulan.
  • Sebab wujudnya sakit senggugut nie kerana  peningkatan pengeluaran hormon prostaglandin oleh lapisan endometrium dlm uterus wanita.
  • Sebab yg kedua kenapa Dysmenorrhea ini terjadi adalah kerana disebabkan terdapatnya lesions@luka spt Endometriosis(tissue dlm uterus berada diluar uterus), Uterine Fibroids(tumor dlm uterus), Ovarian Cyst(pengumpulan cecair dlm ovari).
  • Tanda2 yg akan kamu rasa setelah mengalami senggugut ini adalah sakit yg amat sgt,loya, rasa nak muntah, sakit kepala,lesu, dan sakit belakang badan.


AMENORRHEA
  • Amenorrhea bermaksud tiadanya aliran haid atau berhentinya kitaran haid.
  • Sebab utama adalah baligh tak berlaku semasa umur 16tahun kemungkinan ada masalah chromosomal, ketidakseimbangan hormon dan nutritional dlm badan.
  • Sebab kedua adalah disebabkan oleh kehamilan, senaman yg terlalu banyak dan lasak, atau disebabkan pengambilan ubat perancang kehamilan.
Sukan yg lasak boleh menyebabkan ketidakhadiran haid.


OLIGOMENORRHEA
  • Oligomenorrhea adalah haid yg siki atau jarang-jarang ada.
  • Keadaan ini adalah biasa bagi kalangan remaja perempuan selama setahun sebelum mereka mendapat kitaran haid yg biasa dan teratur.
  • Sebab berlakunya masalah ini adalah kerana tindakbalas tekanan yg dialami oleh seseorg wanita dan ia biasanya berlaku pada wanita yg aktif sukan serta wanita yg mengalami masalah anorexia nervosa.
Anorexia nervosa (merasakan diri gemuk dan xmau mkn)

MENORRHAGIA
  • Bermaksud berlakunya pendarahan yg terlalu banyak semasa haid.
  • Selalunya kitaran haid utk masalah Menorrhagia ini akan berakhir lebih dari 7hari dan memerlukan 2 pads sekali pakai.
  • Sebab berlakunya masalah ini kerana ketidakseimbangan hormon, ovari yg kurang berfungsi, memakai alat pencegah hamil spt intrauterine device ataupun disebabkan kerana cancer.


METRORRHAGIA
  • Maksudnya adalah pendarahan daripada uterus apabila haid belum sampai masanya.
  • Disebabkan kerana tumor yang menyerang rahim, kerengsaan servik atau disebabkan pendarahan berlaku ketika mengambil terapi penggantian hormon yg digunakan berkaitan hormon wanita.
  • Selalunya wanita yg mengalami masalah ini digalakkan utk memakan makanan yg tinggi dgn zat besi utk mengatasi masalah kurang darah.
Pendarahan dalam rahim


MENOPAUSE (KLIMAKTERRIK)
  • Masa dlm kehidupan seorg perempuan apabila ovulasi dan haid berhenti dan tidak dapat lagi mengandung.
  • Selalunya Menopause ini akan berlaku pada usia dlm anggaran 48-50 tahun.
  • Sebabnya adalah penurunan semulajadi hormon pembiakkan, ataupun melakukan pembuangan keseluruhan rahim.
  • Tanda2 masalah ini adalah spt selalu kepenatan, sakit kepala, kenaikan berat badan, sakit badan dan masalah sakit sendi tulang.
  • Cara untuk mengatasi masalah menopause ini adalah dgn mengamalkan pemakanan yg seimbang, kurangkan berat badan, elakkan dari pemgambilan alkohol yg berlebihan, berhenti merokok, membuat pemeriksaan mengikut arahan doktor dan akhir sekali ialah menikmati kehidupan dgn sepenuhnya.


Sedikit sebanyak sya dapat kongsi informasi tentang apa yg saya belajar selama ini tentang gangguan haid yg sering mengganggu wanita. Sya ingin kongsi tentang hal ini kerana kebanyakkan perempuan yg mengalami kesakitan pada uterus atau ketika haid dan menganggap ia adalah sakit "SENGGUGUT" padahal setelah diperiksa ia adalah masalah lain. 

Sya mempunyai ramai kawan yg mempunyai masalah tanggapan pada gangguan haid mereka dan akhirnya kerana perangai dan sikap sambil lewa mereka terhadap masalah ini menyebabkan ada diantara mereka yg terpaksa menjalani pembedahan disebabkan ketumbuhan pada uterus. So nasihat saya pada wanita diluar sana, lebih eloklah korang buat pemeriksaan jika kamu rasa ia ada sedikit kelainan sakitnya ketika dtg bulan. 


REMEMBER IT!!!








Selasa, 12 Februari 2013

Kembali lagi cerita ttg si anak kecik...

Hai semua...apa khabar semua??? Hope korang sihat sahaja. Sya nak post ttg sambungan cerita anak gadis yg pernah sya post dulu...ingat x? last skali saya post n bagi tahu kat korang yg penderitaan si anak kecil itu belum berakhir lagi...ya sambungannya masih panjang dan banyak dugaan yg telah melanda anak gadis tersebut. Sya akan sambung kisah psl anak gadis  tersebut. ikuti kisah dia ya...


Si ank gadis tersebut pengsan tanpa disedari oleh mama. Mama yg tidak mengetahui hal itu membiarkan sahaja dia kerana menyangkakan yg dia akan menangis lalu tertidur. setelah dua jam pengsan didalam bilik tersebut,hati mama tergerak utk memeriksa keadaan si dia,alangkah terkejutnya mama bila melihat sekujur tubuh yg tidak bermaya itu sedang terlantai diatas lantai dgn berlumuran darah yg mengalir diats dahi si ank gadis tersebut. Si ank gadis tersebut merasa amat sakit di dahinya tetapi didalam hatinya dia merasa sgt gembira kerana mama masih lagi hirau akan dia. Dia menganggap yg mama akan bawanya ke hospital tetapi mama hya menyuruh dia baring diatas kerusi sementara dia cari ubat utk dahi nya itu. Bergenang air mata anak gadis kecil itu wlupun dia tidak dibawa ke hospital kerana mama sggup mengubati lukanya yg agak teruk di dahinya itu. Mama kembali dengan satu mangkuk air dan satu tuala. Mama membersihkan darah di dahi ank gadis itu dan menonyoh2 tuala tue di dahi ank gadis tersebut...sakitnya amat perit. Mama mengubati  lukanya dgn begitu kasar. Luka anak gadis tersebut berlubang lebih kurang 1cm. Mama xubati luka tersebut dengan ubat yg dibeli dari farmasi tp mama tonyohkan n sumbat sejenis daun yg telah ditumbuknya ke dlm luka si ank gdis tersebut dan menampal dgn "hansaplast".

Dia menangis dgn layanan yg mama berikan pada dirinya. Dia sering menangis sendirian di dalam bilik dan xditemani oleh sesiapa pun. Disaat umurnya sebegini dia patut disayangi dan dibelai oleh mama tapi mama membiarkan dia sahaja. Berkenaan luka dikepalanya itu,mama menyuruh dia memberitahu pada daddy yg dia jatuh tangga,dia terpaksa akur dgn kata2 mama kerana jika xdituruti dia akan dipukul oleh mama. Dia hanya mengikuti kata mamanya kerana sayangnya dia pada mama amat mendalam.

Suatu hari, dia keluar berjln2 utk bermain2 dgn kwn2nya. Tp siapa sangka dirumah dia disisihkan oleh mama tetapi dgn kwn2nya pulak dia dibuli. Luka didahinya ditonyoh2 oleh kwn2nya dan hansaplast tersebut dicabut oleh kwn2nya. Berapa kali dia memberitahu kwn2nya yg luka tue amat sakit tp kwn2nya tetap membulinya. Lihatlah penderitaan seorang ank gdis yg masih kecik lg tp dilanda masalah yg xsepatutnya dia alami.

Dia merasa amat takut utk kembali ke rumah dgn keadaan lukanya yg xterurus, dgn hansaplast yg dah terbukak n sedikit pendarahan pada lukanya.Dia takut pada mama...dia xberani utk kembali ke rumah tp klu dia xbalik nnt mama akan marah teruk lagi kat dia. Akhirnya dia paksa utk berhadapan dgn mamanya juga.
Sesampai sahaja dirumah, mama sudah menunggunya dikerusi sambil mempamerkan wajah yg amat bengis. Dia memberitahu mamanya yg kwn2nya yg lakukan dia seperti tersebut tetapi mama mengambil tali pinggang lalu memukul sepuas hatinya. Malah bukan itu sahaja denda yg mama berikan padanya tetapi mama xbenarkan dia tidur semalaman, dia terpaksa berdiri sepanjang malam dipenjuru katil sampai pagi. Terlentok2 kepala dia ingin tidur tetapi dia tidak diberi belas kasihan. Sampai kepagi dia berdiri dan pagi itu dia terus bersiap utk pergi kelas...maklumlah budak darjah satu baru nak kesekolah. Dia merasa amat letih n lesu. Dia xtahu samaada dia bertahan ataupun tidak. Tetapi dia tekad hendak kuatkan dirinya kerana dia xmau beri masalah kepada mama.

Kehidupan si anak gadis tersebut berterusan sampai si ank gadis tersebut dan keluarganya berpindah ke kawasan perumahan yg telah ditempat khaskan utk mereka dan seluruh orang2 yg tinggal di tempat mereka tinggal sekarang. Bayangkan dia terpaksa hidup dgn derita sebegitu yg xmungkin n xakan dialami oleh seorang ank kecik yg baru berusia 6-7 tahun.

Penderitaan yg dialami oleh si anak gadis ini telah membuahkan sedikit benih kebencian terhadap mamanya. Dia mula terfikir kenapa dirinya diperlakukan seperti itu dan tidak pd adik2nya. Sedikit demi sedikit perasaan benci itu muncul n lahir dari dlm hatinya n mulai dingin dgn mamanya. Setiap kali diperlakukan buruk oleh mamanya dia akan melahirkan sebuah dendam terhadap mama. Dia mulai terfikir yang mama nie bukan mama kandungnya. Dia menganggap yg mama kandungnya telah mati dan dia dijaga oleh "mama tiri" nya sekarang ini. Dia juga menganggap dirinya dipungut dari lorong2 ataupun tepi2 jalan. Sampai sebegitu dia terfikir akn dirinya n mamanya. Hakikatnya, sebuah perasaan baru telah lahir pada mama yg setelah sekian lama dia sayangi ini dia mulai benci yg teramat sgt.

Ikuti kisah si anak gadis ini di blog yang akan datang...kerana cerita ttg si anak gadis ini makin rumit dan semakin rumit. Sekian, Terima kasih semua...


Jumaat, 8 Februari 2013

Fakta Menarik Tentang Kucing Di Dunia!!!


  1. Di dunia ini kita hampir melebihi 500,000,000 kucing yg jinak dan kucing ini boleh didapati dlm 33 spesis. Adakah anda tahu bahawa kucing boleh menguap brapa kali dalam sejam??? Hampir 200,000,000 kali kucing akan menguap dalam masa sejam sahaja.


2. Hidung seekor kucing adalah sgt unik. Hidung mereka sama seperti cap cari kita. Suhu badan kucing adalah sgt panas drpd tubuh badan kita dan degupan jantung kucing adalah dalam anggaran 110 - 140 seminit. Sangat cepat dari manusia!!!

3. Adakah korg tahu bahawa kucing yg paling besar adalah sejenis kucing jantan "Ragdoll" yg blh membesar dlm 12 - 20paun, manakala kucing yg terkecil didunia adalah sejenis kucing spesis "Singapura".
Ragdoll Cats

Singapura cats
4. Kucing mempunya 290 tulang dan 517 otot. Semua kucing mempunyai terusan telinga yg peka dan mengekalkan mereka tanpa luka apabila terjatuh dari tempat yg tinggi. Bandingkan dgn manusia, kucing mempunyai 5 tambahan tulang belakang.
Anatomi kucing

tindakbalas kucing ketika terjatuh


5. Kucing melihat warna tp tidak sesempurna manusia. Kucing mempunyai buta warna pada hijau dan merah. Dlm otak kucing mereka melihat hijau seperti merah dan merah seperti hijau. Walaupun kucing mempunyai penglihatan yg amat tajam pd waktu mlm tetapi sebenarnya segala-galanya kelihatan kabur.


6. Warna mata kucing akan berubah dr masa ke masa. Selepas ank kucing dilahirkan, ank kucing tersebut . tidak melihat dan mendengar. Selepas 2minggu, ank kucing mula mendgr dan penglihatan mereka biasanya bertambah baik dalam masa 5hari. Ank kucing mula berjalan pada usia 20hari dan mula bermimpi pada umur 1minggu.

Mimpi indah...

7. Rekod dunia Guinness, baka kucing yg paling berat didunia adalah kucing australia yg bernama "Himmy" yg memecah rekod 46paun pada 1986. Pinggang kucing itu sahaja adalah 33inci. 
Himmy cats

8. Rekod dunia, Kucing "Tinniest" pernah dicatatkan adalah kucing Parsi Himalaya dari Illinois yg bernama "Tinker Toy". Berat badan kucing tersebut adalah 1paun 8 auns dan saiz kucing tersebut adalah 7.25inci panjang dan 2.75inci tinggi.
Tinker Toy cats

So far, ini adalah fakta yg menarik ttg kucing yg ada dlm dunia ini. If ada something new sya akan post again pasal kucing nie ya...
Special Thanks for me...Ika.