Halaman

Isnin, 10 Disember 2012

Sambungan cerita dia...


Keindahan yang dia inginkan tidak tercapai...hajat hati ingin menjadi seorang kakak yg menyayangi adiqnya tetapi mama pula menjadi penghalangnya...Dia xsalahkan mamanya kerana dia tahu mesti ada sebabnya kenapa mama xbrapa menyukai dirinya. Dia tinggal bersama unty selama setahun,untynya menjaga dirinya ibarat anak sendiri kerana pd masa itu untynya belum mempunyai zuriat lagi bersama suaminya. Kasih syg yg terjalin antara dirinya dan untynya ibarat anak dan emak...dari sanalah dia mendapat kasih sayang seorang ibu yg selama ini dia xpernah rasai...

Tiba masanya dia dihantar kembali ke rumah mama. Reaksi mama langsung xada rasa gembira malah tersenyum pun langsung xdiberikan. Dia hanya nak melihat adiqnya yg selama ini dia xpernah tengok malah memeluk pun belum pernah lagi...Dia mencari adiqnya,rupanya adiqnya tengah tidur didalam biliknya...gembiranya dia hanya Tuhan ja yg tahu. Dia memegang lengan adiqnya dan terus mencium pipi adiqnya. Dia yang baru berusia 5tahun sudah tahu apa itu kasih syg,dia hanya mampu berkata "Adiq,maafkan kakak sebab kakak xdpt nk jaga adiq...Kakak syg adiq"...itu saja yg mampu dia bisikkan pada adiqnya.

Pada malam tersebut, dia makan bersama mama,adiq dan daddynya. Adiqnya memberikan mknan kepada dia tetapi dimarahi mama lalu adiqnya menangis. Mama memukul adiq supaya berhenti menangis tetapi siapalah sanggup melihat adiq kesayangan dimarahi...Dia terus memeluk adiqnya dan menangis bersama adiqnya. Mamanya berhenti memukul kerana terkejut melihat reaksi dia yang memeluk adiqnya supaya adiqnya xdipukul oleh mama. Daddy membawa dia dan adiqnya masuk bilik dan menenangkan mereka. Dalam hati dia hanya mampu berkata "Mama,janganlah pukul adiq...mama pukul saya ja,saya rela..." Dia memeluk adiqnya dengan eratnya.

Ada suatu ketika, masa itu dia sedang bermain2 dengan adiqnya. tanpa disengajakan dia terpatahkan senapang mainan adiqnya...Dia meminta maaf dengan adiqnya tp adiqnya hanya menangis. Mama yg menyedari hal itu terus pergi ketempat mereka,dia melihat adiq sedang menangis dan dia pula sedang duduk dipenjuru tilam sebab takut akan mama. Mama rasa bengang lalu mencampak senapang mainan tersebut kearah dia. Dia hanya mampu menangis dan terus menangis...tangisan dia xdihiraukan oleh mama. Malah mama membawa adiq pergi. Semakin lama tangisan Dia semakin lemah...suara pun semakin lemah...badan lemah...hanya tinggal tunggu untuk rebah sahaja. Dia menyedari ada sesuatu bendalir yang mengalir dari dahi kematanya...dia menyentuh dahinya dan ia sangat sakit. Rupa-rupanya dahinya luka terkena balingan senapang mainan dari mamanya tadi. Akhirnya dia rebah juga dan xsedarkan diri...

Lihatlah penderitaan seorang anak kecil yang mampu berdiam diri...dia biarkan semua itu berlaku pada dirinya sebab dia sayangkan orang yang berada disekelilingnya...Sayangnya pada mama amat dalam sehingga dia mengalah dan membiarkan dirinya tergadai luka...

Penderitaannya belum berakhir lagi...

Ikuti kisah benar kanak-kanak ini di lain blog...sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan